Tuesday, March 11, 2008

.:chocolate attack..again??:.

saya sangat kalut hari ni. tatau kenapa. dok terkejar-kejar sana sini. kejap-kejap lari ke alamanda.. sebab nak beli stoberi. dalam hati berdoa banyak-banyak agar stoberi ada. sebab selalu sgt stock stoberi out. nasib baik ada cuma merahnya tak semerah seperti yg saya harapkan. agak kecewa sedikit la jugak. kalau tak kerana ada tugasan lain, sudah pasti panjang langkah ku menuju ke klcc. yerp, saya sanggup travel sejauh itu semata-mata nak carik stoberi. jangan tak percaya ada di antara orders anda stoberinya dibeli dari tempat yang jauh!

kedua kerana terpaksa membeli flask. flask yg 0.5L tu dah tak efisyen. air panas tak dapat bertahan lama. sangat la susah waktu malam sebab tuan puteri kecik merengek kalau susunya tak panas. cerewet? tatau peel sapa dia ikut.

okay, kita tinggalkan cerita harian saya. mari jamu mata lihat apa hasil hari ini. buat iffah, harap iffah puas hati dengan hasil tangan saya yg keras ini. jenuh nak lembut-lembutkan tangan ni. itu yg terbaik mampu saya hasilkan. tahniah buat suami iffah juga ya. kemudian, terima kasih buat ema & kawan. harap spongebob tu dapat dikenali la erk.


the liverpool cake by iffah


spongebob cake by ema's friend


Pengumuman:
sedikit pengumunan. rasanya penting jugak la. buat masa ni saya tidak dapat terima order utk awal bulan 4 kerana jadual final exam saya belum dikeluarkan oleh sekolah. oleh kerana pelajaran lebih penting, maka saya terpaksa hold dahulu order utk awal bulan 4. nanti dah finalize, baru saya maklumkan. terima kasih.

.:blog archive:.